PENDAHULUAN
Perkembangan
dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) atau dipanggil
“Teknologi Komunikasi dan Maklumat”, khususnya dalam pendidikan, bukan lagi
merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Perkembangan ICT menjanjikan potensi
besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar,
cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya.
Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua
peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan sukan juga tidak terkecuali
dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses
P&P yang berlaku di sekolah Sukan. 
Sejajar
dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah
memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran $alaysia untuk mentransformasikan  pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke 21
ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan
Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan  paradikma pengajar dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan
minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan 
pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan
seluruh dunia.
Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan  pembelajaran, memperkayakan kurikulum,
memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih
berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah)sekolah dan
masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam  pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3
polisi utama
1. ICT untuk
semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang  boleh mengurangkan jurang digital antara
sekolah
2. Fungsi
dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan   pembelajaran, sebagai sebahagian daripada
subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
3. Menggunakan
ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem
pengurusan.
      Selain daripada bidang pendidikan,
perkembangan persekitaran global telah memberi kesan  besar kepada usaha membangunkan Malaysia
sebagai sebuah ekonomi berasaskan 
pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama
dalam  proses pembangunan bagi
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan
akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan
penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
Semester 1, Sesi
2013/2014
GGGE2153 Teknologi Pendidikan
DAPATAN KAJIAN KERJA
LAPANGAN
Program: Sukan dan
Rekreasi
1.0 
Tajuk
Kajian
Penggunaan ICT Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
2.0 
Pengenalan
Dan Latar Belakang Kajian
•       
Ditubuhkan : 1 Januari
1996
•       
Diiktiraf sebagai :
Sekolah Kluster pada April 2008
•       
Bawah Tadbiran :
Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
•       
Lokasi : Kompleks Sukan
Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
•       
Keluasan : 5.7 hektar
•       
Bilangan Staf :
•       
Guru Akademik : 77
•       
Jurulatih : 21
•       
Staf Sokongan : 42
2.1 
Misi,
Visi Dan Objektif
Misi
Menyediakan
pendidikan dan latihan sukan berkualiti untuk melahirkan atlet pelajar bertaraf
dunia
Visi
SSBJ PENJANA
ATLET BERTARAF DUNIA
OBJEKTIF
SSBJ
Menjana atlet
berpotensi dan bertaraf dunia. Memberi peluang kepada pelajar di Malaysia
cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Memupuk minat dan penglibatan
sepanjang hayat dalam bidang sukan.  Menyampaikan
maklumat kerjaya dalam industri sukan seperti Pegawai Pentabir Sukan, Psikologi
Sukan, Jurulatih dan Pelatih. Mewujudkan satu asas untuk kajian saintifik dalam
bidang sukan
2.2 
Maksud
ICT Dalam P&P
Bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan
bersesuaian  untuk meningkatkan kecekapan
dalam proses P&P. 
2.3 
Tujuan
Kajian
Dilakukan
untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar SSBJ tentang penggunaan ICT. 
2.4 
Kaedah
Kajian
Kami
telah menjalankan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik kepada pelajar
di SSBJ. 
2.5 
Kepentingan
Kajian
Kajian
ini amat penting kerana ia dapat dijadikan sebagai asas bagi mengukur tahap
pendedahan pelajar sekolah terhadap ICTdi sekolah. Selain itu, pihak-pihak
tertentu terutamanya pihak sekolah perlu memberi penekanan bagi penambahbaikan
supaya pelajar lebih terdedah kepada pengetahuan ICT di peringkat lebih awal.
Diharapkan dapatan kajian ini akan dapat memenuhi keperluan pelbagai pihak
terutamanya pihak sekolah dan guru supaya pengetahuan ICT  ini dapat ditekankan dengan lebih mendalam
kepada pelajar sekolah sukan.
Disamping
itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah menyelami kepakaran,
fungsi dan peranan guru-guru yang terlibat dalam  mendedahkan pengetahuan ICT kepada pelajar.
Guru-guru dapat memantapkan lagi ilmu berkaitan tugas masing-masing yang mana
diukur daripada tahap persepsi dan pandangan pelajar daripada perkhidmatan yang
disampaikan oleh mereka. 
3.0  Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
                     
I.           
Mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap ICT.
                  
II.           
Mengkaji sama ada pelajar mengetahui mengenai
penggunaan komputer.
               
III.           
Mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah
kepada pelajar.
               
IV.           
Menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.
4.0  Persoalan kajian
i.                   
Apakah persepsi pelajar terhadap ICT?
ii.                 
Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang
penggunaan komputer?
iii.               
Adakah pihak sekolah SSBJ memberi pendedahan
ICT kepada pelajar?
iv.               
Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang ICT
5.0  Metodologi kajian
5.1 Pensampelan 
Sampel kajian merupakan
pelajar sekolah sukan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang terdiri daripada 30
orang pelajar. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri
daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.
5.2 Instrumen kajian 
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal
selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu
bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai
latar belakang responden, bahagian B mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap
ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap pendedahan ICT di sekolah
kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SSBJ.
5.2.1 Bahagian  A – ( Latar
Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
1.      Jantina
2.      Umur
3.      Kaum
4.      Bidang sukan yang diceburi
5.2.2 Bahagian B – ( Persepsi Pelajar SSBJ Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada
mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan
Tidak.
1.      Adakah kelas ICT telah membazirkan masa pelajar?
2.      Adakah kelas ICT memberi kelebihan kepada prestasi sukan di SSBJ?
3.      Adakah kelas ICT mengganggu jadual latihan sukan pelajar?
4.      Dengan menggunakan teknologi ICT, adakah pelajar dapat mencari panduan ‘skill’
sukan melaluinya?
5.      Adakah kelas ICT memberi pendedahan terhadap sukan yang diceburi oleh
seseorang atlit?
6.      Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas ICT?
7.      Adakah kelas ICT membosankan pelajar?
8.      Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?
5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah
dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah
Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
1.      Sekolah memberi pendedahan kepada pelajar tentang ICT
2.      Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
3.      Guru ICT sangat menitikberatkan matapelajaran ICT
4.      Kelas ICT digunakan sebaiknya oleh guru
5.      Guru selalu memberi latihan tentang ICT
6.      Sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan komputer
5.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SSBJ )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar tentang
pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
1.      1gb bersamaan dengan 100mb
2.      Kegunaan roda tetikus adalah untuk mengawal margin dan tetingkap windows
3.      Untuk membina dokumen baru dengan menggunakan kekunci pintasan papan
kekunci Ctrl + N
4.      Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format Bullets
5.      Untuk memilih keseluruhan perenggan dengan pantas menggunakan tetikus.
Kaedah yang betul ialah klik dan seret.
6.      Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk
mematikan komputer.
6.0 Reka Bentuk Kajian 
6.1 Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian
kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik,
ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada
istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya.
Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.
Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan
dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan
inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan
data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui
penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis
Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang
dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor.
Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan
yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.
Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil
pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod,
dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor
analisis dan kaedah statistik asas. 
Objektif Kajian 
 | 
  
Persoalan Kajian 
 | 
  
Item Soal Selidik / Temu Bual 
 | 
  
Kaedah Analisis Data 
 | 
  
Dapatan Kajian 
 | 
 
Objektif 2 
 | 
  
Persoalan Kajian 
 | 
  |||
. 
Mengetahui persepsi pelajar SSBJ terhadap
  ICT. 
 | 
  
Apakah persepsi
  pelajar 
terhadap ICT? 
 | 
  
Bahagian B ( soalan 1
  - 8) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
Ya = 124 
Tidak = 116 
 | 
 
Objektif 3 
 | 
  
Persoalan Kajian 3 
 | 
  |||
Mengetahui tahap pendedahan ICT di
  sekolah kepada pelajar. 
 | 
  
Adakah pihak sekolah SSBJ memberi pendedahan
  ICT kepada pelajar? 
 | 
  
Bahagian C ( soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
Sangat tidak setuju =  
Tidak setuju =  5 
Tidak pasti =  25 
Setuju = 101 
Sangat 
  setuju =  49 
 | 
 
Objektif kajian 4 
 | 
  
Persoalan kajian 4 
 | 
  |||
Menilai tentang pengetahuan 
  ICT pelajar SSBJ. 
 | 
  
Adakah pelajar SSBJ berpengetahuan tentang ICT 
 | 
  
Bahagian D ( soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
SPSS 
 | 
  
 YA = 94 
Tidak = 91 
 | 
 
7.0 Rumusan
Elemen Dalam Model Saale 
 | 
  
Komponen 
 | 
  
Dapatan Kajian 
 | 
 
Adaptasi persekitaran 
 | 
  
Sosioemosi – Sikap pelajar 
 | 
  
Sikap pelajar tentang penggunaan ICT adalah pelajar mempunyai persepsi
  bahawa ICT merupakan subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu
  bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan
  mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang
  atlet mampu memperoleh banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan
  dengan sukan contohnya dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan
  sebagainya. Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang
  penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan zaman kerana ICT
  merupakan salah satu platform yang penting dalam industry sukan pada masa
  kini.  Pelajar sangat bersetuju bahawa
  atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka untuk
  kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa
  pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang
  mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat
  membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga
  mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah
  agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.
   
 | 
 
Sosioemosi – Kemahiran sosial rakan sebaya 
 | 
  
Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu
  mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun begitu, pelajar tidak pasti
  sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat mengenai ICT dengan mereka.
  Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah membincangkan kegunaan ICT dalam
  sukan bersama dengan rakan dan daripada perbincangan tersebut, ada sesetengah
  pelajar yang mendapat input hasil daripada perbincangan dan ada juga yang
  tidak pasti samada mereka mendapat input atau tidak hasil daripada
  perbincangan bersama rakan tersebut.  
 | 
 |
Sosioemosi – Kemahiran sosial di sekolah 
 | 
  
Pelajar mengetahui subjek ICT melalui guru kerana guru menekankan
  mengenai pembelajaran ICT dan guru ada menceritakan kepentingan ICT kepada
  pelajar semasa waktu pembelajaran dan pengajaran. Guru juga ada memberikan
  tugasan mengenai ICT dan pelajar mendapat input hasil daripada tugasan
  tersebut.  
 | 
 |
Adaptasi Pengajaran 
 | 
  
Kandungan 
 | 
  
Pihak sekolah ada mendedahkan maklumat mengenai ICT kepada pelajar dan
  pihak sekolah juga ada mengetengahkan kepentingan ICT dalam pengajaran dan
  pembelajaran dan kehidupan pelajar. 
 | 
 
Media 
 | 
  
Pelajar tidak pasti sama ada subjek ICT penting untuk mencari ilmu
  berkenaan dengan sukan yang mereka ceburi. Namun begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan
  maklumat mengenai ICT dalam sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan
  pelajar mendapat input yang lebih mengenai ICT dalam sukan. 
 | 
 |
Adaptasi Penilaian 
 | 
  
Penilaian 
 | 
  
Pelajar terdedah kepada pengetahuan isu ICT kerana pihak sekolah mengadakan
  program yang berkaitan dengan ICT di sekolah dan program tersebut dapat menarik
  minat pelajar. Hasil daripada program-program yang diadakan oleh pihak
  sekolah tersebut, pelajar mendapat input yang berguna dan pelajar akan terus
  menyokong penuh terhadap setiap program yang diadakan  disekolah terutama sekali mengenai cara
  penggunaan ICT dengan betul. 
 | 
 
8.0 Penutup
            Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab
persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan
subjek yang penting pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan
ICT kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit
tersebut. Pelajar mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu memperoleh
banyak matlumat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya
dalam aspek kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. 
Pelajar juga
berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan
menyebabkan mereka seolah ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu
platform yang penting dalam industry sukan pada masa kini.  Pelajar sangat bersetuju bahawa atlet yang
berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda mereka untuk kepentingan masa
depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya pengajaran dan
pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah yang mampu memberi kelebihan dan
manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di
Negara ini. Para pelajar juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih
giat dijalankan di sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk
menguasai bidang ICT ini.
            Pelajar sangat bersetuju bahawa
sebagai seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga.
Walaupun begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi
maklumat mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka
pernah membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada
perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil
daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat
input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut. 
9.0 Rujukan
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia.
Fajar Bakti. Kuala Lumpur 
Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran
Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda
Geisert & Futrell, (1990). Teacher,
Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom. Boston: Allyn and
Bacon.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Sufean
Hussin,(2009). Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian sekolah:
proses pelaksanaan polisi. Penerbit Universiti Malaya.
R.Jeyagobi, S.Subramaniam,(2007), Bestari
Pembestarian Proses Pengajaran dan Pengajaran. Mahir Holdings Sdn.Bhd.
GhaffarianHoseini, AmirHosein and Ibrahim,
Rahinah and Baharuddin, Mohd Nasir and GhaffarianHoseini, Ali (2011) Creating
green culturally responsive intelligent buildings: Socio-cultural and
environmental influences. Journal of Intelligent Building International, 3 (1).
pp. 5-23. ISSN 1750-8975
Thomas, C. H. and Wan Ismail, Wan Ishak and
Rollason, S. H. (1980) Mechanical and rheological properties of selected
varieties of peppers. Agricultural Engineering Journal, 61 (11).
wowwwww..
ReplyDeletekemas..menarik.......terbaikkkkkkk...
ReplyDeleteperkongsian yang sgt menarik..syabas dan tahniah
ReplyDeletecantik tertarik menarik kau memang da boom!
ReplyDeleteperkongsian yg bagus dan byak output yg kite dapat. .well done!
ReplyDeleteisi yang padat. banyak membantu :)
ReplyDelete