Teknologi Pendidikan

Teknologi Pendidikan

Tuesday, 3 December 2013

10 Gambar Teknologi Sukan

1) Jam Referee Third Eye



Andy Kurovet seorang pereka telah membuat jam khusus untuk pengadil bola sepak yang diberi nama Referee Third Eye yang dilengkapi dengan bluetooth untuk berhubung dengan pembantu pengadil secara langsung sekiranya gol, offside dan perlanggaran ataupun terjahan. Alat ini dapat membantu pengadil untuk membuat keputusan dengan tepat.


2) Christ Boardman Inteligent Bike




  • Basikal ini mempunyai motor dan digunakan melalui tenaga solar
  • Mempunyai finger scanner untuk mengenalpasti pemiliknya dan mengelakkan kecurian
  • Basikal ini tidak akan bergerak selagi finger scanner tidak dilakukan
  • Terdapat juga peranti komputer yang menunjukkan kelajuan kalori yang terbakar dan juga lokasi

3) Spiderwebcam

  • Teknologi ini memudahkan penganjur perlawanan merakam perlawanan secara menyeluruh
  • Kebiasaan teknologi ini digunakan dalam acara olahraga, bola sepak dan tenis
  • Spiderwebcam ini dapat menghasilkan pandanan 3 dimensi atau 3D
  • Kamera ini boleh bergerak mengikut sudut yang dikehendaki oleh perakam yang mengunakannya tanpa ada batasan

4) Armour E39



Pakaian sensor elektronik ini memastikan atlet mengetahui apa yang terjadi pada badan mereka apabila menjalani latihan. Atlet boleh mengetahui kadar nafas, kadar degupan jantung, suhu badan dan lain-lain lagi.


5)Sole



Dipanggil Sole atas sebab-sebab yang jelas, kasut minimum direka untuk slip ke bilah Flex-Runprosthetic Ossur yang digunakan oleh atlet kurang upaya. Seperti kasut penuh, Sole terdiri daripada outsole, midsole dan bahan yang direka khas dipanggil Aeroply yang membolehkan bilah mencengkam serat karbon bilah palsu semasa atlet berjalan. Alat ini direka khas untuk atlet berlari dengan lebih selesa menggunakan anggota badan yang palsu.


6) Alat Penguji Ketangkasan



  • Mengukur tahap ketangkasan dan kelajuan pergerakan tubuh badan seseorang untuk bergerak ke pelbagai arah dalam keadaan stabil
  • Alat ini mampu mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam bidang sukan
  • Menguji tahap kecekapan dan ketangkasan individu
Cara penggunaan alat ini adalah :-

Pertama, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah yang berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.


7) M-FRAME Oakley



M-Frame adalah satu kacamata untuk pelbagai jenis kegunaan dan kebanyakannya dipakai oleh atlet. Kacamata ini dipakai semasa latihan oleh pemain bola sepak bagi memfokuskan daya penglihatan dengan mengaktifkan sensor blingkig yang terdapat pada kaca mata ini.


8) Sut Renang Orca



Pakaian ini akan membuat teras badan meningkat sebanyak 30% dan dengan ratusan rongga udara yang terperangkap dalam neoprena dan meletakkan kaki dan badan anda dalam keadaan renang yang optimum. Ia mempunyai sel keapungan Hidrolift untuk menggerakkan tangan di dalam air dan panel lengan Aqua Tread yang akan meningkatkan kuasa strok.


9) Kasut Bola Pintar



Kasut ini berfungsi untuk merekod data pemain bola sepak. Kasut ini menggunakan MiCoach Speed cell Chip yang diletakkan dalam kasut tersebut. Ianya berfungsi untuk mengukur pergerakan, kelajuan, jarak dan sebagainya. Kemudian, data-data ini boleh dijadikan rujukan untuk menilai tahap kecergasan pemain bola sepak tersebut.


10) Produk Perlindungan Kecederaan 3d0 (Spyder Suit)


Produk ini direka untuk pemain ski olimpik bagi memberikan perlindungan yang sempurna. Ianya sangat nipis, lembut, fleksibel dan boleh mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

No comments:

Post a Comment